MENGUAP MENURUT ISLAM

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu.
Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari) Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.
Sekian, wallahu a’lam

IBU....TANGANMU TERLALU INDAH

Ibu, Emak, Umi dan Mama suatu panggilan yang sering kedengaran dari seorang kanak-kanak. Panggilan manja untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dan sentiasa mengharap dengan penuh kasih sayang. Sekiranya tiada seorang yang kita panggil ibu atau mama atau emak atau umi mungkin kehidupan kita tidak semudah dan seindah sekarang. Merekalah yang telah berkorban untuk kepentingan diri kita, bersusah payah untuk melihat kita Berjaya didalam kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keriangan akan kita perolehi didalam kehidupan kita.

Namun apakah kita menyedari bahawa tangan-tangan yang menjaga kita, wajah-wajah yang memberikan kegembiraan kepada kita sikit demi sedikit telah dimamah usia, wajah yang jelita sebelum ini telah menjadi semakin tua. Tenaga yang begitu kuat sebelum ini sudah semakin lemah namun kasih sayang yang telah diberikan semasa kita masih kecil sehingga sekarang tetap tidak berubah, malah kasih tersebut semakin besar dan kuat buat diri kita. Tetapi apakah perasaan yang dirasakan oleh anak tersebut, mungkin semasa kecil tidak menyedari apakah perasaan kasih dan sayang, yang kita sedari hanya kita mahu ayah dan ibu memenuhi segala keperluan dan kehendak kita. Kita merasakan bahawa seorang ayah dan ibu perlu memberikan apa yang perlu dan dikehendaki oleh diri kita. Ini satu tanggung jawab mereka.

Hari ini bagaimana pula perasaan kita terhadap mereka, bila cuti adakah kita melapangkan waktu untuk bertemu dan menziarahi mereka yang telah kesunyian, tiada lagi suara-suara kecil yang memanggil mereka, tiada lagi kedengaran suara nakal yang mahukan dan meminta-minta, kehidupan mereka mula dengan mengisi hari-hari yang berlalu dengan mengingatkan natogia dan pengalaman lama untuk mengembirakan hati yang lara. Mereka mengulang tayang peristiwa-peristiwa lama semasa kita kecil untuk mengembirakan hati mereka, mereka amat-amat berharap agar tangan-tangan kecil suatu masa dahulu dapat memeluk diri mereka untuk mereka mengimbau kembali suasana bagaimanakah dengan penuh kasih sayang mereka telah membesarkan diri kita dan menjadikan kehidupan itu penuh bermakna.

Namun hari ini begitu ramai anak-anak yang telah lupa, lupa bahawa mereka telah pernah dibesarkan oleh seorang wanita yang di panggil ibu atau emak atau umi dan mama. Mereka telah tidak menghiraukan diri yang telah dimamah usia ini, membiarkan mereka kesunyian, menanti kehadiran anak-anak yang tak tentu akan kunjung tiba. Anak-anak sibuk dengan berbagai kerja yang tidak pernah habis dan sentiasa berkejar-kejar untuk mendapatkan kehidupan yang sementara.

Apabila mereka telah pergi baharu kita merasai akan kehilangan dan pada masa itu segala penyesalan sudah tidak bererti lagi, dunia kita telah berbeza, walau bagaimana kita merintih untuk menyatakan yang kita sayang akan diri mereka, namun dunia kita telah berbeza, mereka tidak akan mampu mendengar apa yang ingin kita katakan, katakanlah sekarang semasa mereka boleh mendengar lagi, peluklah mereka sekarang semasa mereka boleh merasainya, ciumlah mereka sekarang walaupun pipi tersebut telah berkedut kerana sekarang mereka amat-amat memerlukan sentuhan dari diri kita yang bergelar ANAK.

Semuga kita menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. AMIN
Tangan Yang Indah
(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu... " JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.Dan lakukanlah yang terbaik untuknya........
(Di ambil dari e-mail Tuan Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman)
AGM, Learning & Development Division MMC)

SIRAH DIRI RASULULLAH S.A.W


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sejarah hidup Rasulullah saw, merupakan suatu yang perlu diketahui dan dijadikan contoh buat diri kita, kita perlu mengetahuinya kerana kita mahu menjadikan kiri kita orang yang paling mengasihi dan mencintai diri rasulullah saw, adakah kita akan mencintainya sekiranya kita tidak memahami bagaimanakah cara hidupnya dan tidak menghayati segala apa yang telah dilakukannya didalam kehidupannya.

Seorang rasul yang telah meninggalkan begitu banyak suri tauladan untuk kita ikuti dan memberikan kita begitu banyak kenangan manis untuk kita jiwai. Sekiranya sekarang apabila disebut tentang penyanyi, ramai akan muda yang mengikuti cara kehidupan hariannya, namun adakah dengan mengikuti perjalanan kehidupan itu akan memberikan pahala yang besar di sisi Allah swt? Tentu tidak tetapi sekiranya kita meneliti kehidupan dan sirah kehidupan Rasullullah saw tentunya kita akan diberikan kebaikan kerana kita cuba untuk mengenal kekasih Allah swt. Tentu kita akan diberkati oleh Allah swt.

Hari ini saya berkesempatan berbincang tentang ISO dengan seorang rakan yang baru di audit oleh sirim dan beliau menjelaskan bahawa ramai rakan-rakan yang bercuti hari ini kerana meraikan penat lelah setelah mempersiapkan diri untuk di audit oleh Sirim. Saya lantas terfikir bagaimanakah kehidupan kita apabila di audit oleh Allah swt nanti, adakah kita mempersiapkan diri kita agar benar-benar bersedia untuk menghadapi semakan oleh Allah swt nanti, bagai manakah sikap kita kepada rasul yang telah membawa berita gembira dan menakutkan, adakah kita benar-benar mahukan yang terbaik buat diri kita seperti kita mahukan yang terbaik buat unit kita kerana nak di audit oleh Sirim.

Audit yang dilakukan Oleh allah swt tidak pernah tersilap dan tidak pernah terlepas pandang, setiap yang telah kita lakukan pasti akan di bawa kepada pengadilan dan kita pasti akan mendapat balasan yang baik atau yang buruk kesan daripada tindakan di dunia ini. Oleh sebab itu apakah yang kita telah sediakan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi pepemeriksaan dari Allah swt nanti? Marilah kita bermula dengan melahirkan sedikit perasan cinta kepada kekasih Allah swt dengan meneliti sirah diri Rasulullah saw. Amin
TUJUAN MENGKAJI SIRAH RASULULLAH SALLAHU’ALAIHIWASALLAM

Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Kita tidak seharusnya menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini sama dengan membaca dan menela’ah sejarah para tokoh yang biasa.

Tujuan pokok daripada kajian sirah Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ialah supaya setiap muslim dapat memahami, menanggap dan menggambarkan hakikat zahir dan batin Islam yang teradun di dalam kehidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Gambaran dan tanggapan ini akan timbul atau wujud setelah seseorang muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam.

Tegasnya, kajian riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah suatu usaha mengumpulkan hakikat dan intisari dasar-dasar Islam, kemudiannya memadan dan menyesuaikan dasar-dasar itu dengan kecontohan-kecontohan dari Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

Tujuan-tujuan sirah Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana kehidupan baginda sendiri. Kesimpulannya, Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar semata-mata tetapi baginda adalah pesuruh Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang menerima wahyu dan taufik daripadaNya.

2. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, untuk dijadikan sebagai dasar-dasar kehidupan. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik yang bersifat universal, mereka akan dapat kesemuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Maka, tidak hairanlah mengapa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menjadikan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sebagai contoh kepada umat manusia. Allah telah menegaskan di dalam kitab suciNya: Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam

Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu terdapat contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu."
(Al-Ahzab:21)

3. Semoga kupasan tentang kehidupan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat-ayat yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.
4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan sebanyak mungkin perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam atau tatasusila. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensi yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.
5. Membolehkan para pendidik dan penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan penunjuk yang utama. Maka para pendidik dan penda'wah Islam tidak membuang masa, malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik dalam berdakwah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mampu dan berupaya memenuhi tujuan-tujuan di atas ialah kerana sejarahnya lengkap dan meliputi segenap bidang kehidupan samada dari segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan, samada sebagai seorang individu yang bebas mahupun sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas

Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras. Peribadinya dipercayai manusia samada di kalangan keluarga atau sahabat. Baginda menyeru manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun Baginda seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah. Baginda seorang ketua negara yang mengemudikan bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar. Baginda seorang suami dan bapa yang halus pergaulannya, teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri. Baginda seorang ketua turus angkatan peperangan yang cergas, penuh dengan teknik dan stategi persediaannya. Baginda seorang hamba Allah yang bijak membahagikan tanggungjawabnya untuk Allah, keluarga dan sahabat handai RadiyaLlahu 'anhum ajma'in.

Tidak syak lagi, bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menyamai memahami semua sudut kemanusiaan.

Rujukan: Fiqh as-Sirah Jilid 1, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
(Di ambil dari e-mail Tuan Haji Ibrahim Abd Rahman)
AGM, Learning & Development Division, MMC

EMPAT JENIS MANUSIA DALAM DUNIA


1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.
Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda; "Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orangalim yang jahat". Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu.
Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan berkhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda; "Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan". Sabda baginda lagi; "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka.
Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-ambanya yang Soleh.
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah.
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya.
Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat.
Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah".
Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum w.w.r
Cinta Allah mengatasi cinta sesiapa jua
cinta manusia hanya satu bahagian daripada cinta Allah
cinta Allah adalah 99 kali cinta manusia
Ibu betapa kau menyayangi diriku
kaulah yang melahirkan dan mendidikku
ayah betapa kau menyayangi diriku
kau bekerja tanpa jemu demi memenuhi keperluanku
saudaraku betapa kau menyayangi diriku
kau sentiasa di sisiku dalam memberi dorongan dan tunjuk ajar
(Jika kita sudah berasa bahgia bila disayangi oleh seseorang,bayangkanlah betapa luasnya cinta Allah yang menjadikan kita semua)
ALHAMDULILLAH...BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI
Aku diberi nikmat Islam,sedangkan ramai lagi yang masih tiada pegangan
aku diberi peluang mendalami Islam,sedangkan ramai lagi muslim yang terkapai-kapai(tidak memahami Islam)
Aku diberi peluang masuk ke IPT,sedangkan ramai lagi yang lebih layak
Ya Allah...betapa beruntungnya diriku
Kau tak jemu-jemu memberi nikmat kepadaku walaupun aku banyak melakukan dosa terhadap-Mu
Terima kasih Ya Allah..terima kasih yang tidak terhingga
Ya Allah,Ya Tuhanku...
Kau bimbinglah daku dalam mendapatkan CINTAMU...
Agar dapat kurasakan kemanisan beribadat kepada-Mu
Kau tetapkanlah keimanan dalam hatiku
Kau pimpinlah diriku dalam mencintai kebaikan dan membenci kemaksiatan
Kau bantulah aku dalam menambahkan sifat-sifat mahmumah dan membuang sifat-sifat mazmumah dalam diriku
Kau kuatkanlah semangatku dalm istiqamah beribadat kepadaMu YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM...
Janganlah Kau pesongkan hatiku setelah Engkau kurniakan rahmat-Mu kepadaku
Kurniakanlah kepadaku CINTAMU,
Cinta mereka yang mencintai-Mu Dan cinta kepada perkara-parkara yang menambahkan kecintaan pada-Mu...........
"SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA BERADA DI BAWAH LEMBAYUNG RAHMAT ILAHI". wassalam....

KHUSYUK DALAM SOLAT

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. "Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau sebanyakmana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahalasolat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.
Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.
Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk lansung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.
Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Alah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang.Firman Allah Taala yang berbunyi:"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati." [Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Wallahu ta'ala a'lam.......

MARAH

Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.

Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan.Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).

Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
Sumbangan : Tuan Haji Mohd Latif Sharif

7 SUNNAH NABI

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Mudahkanlah kita berdoa agar di beri kekuatan untuk amalkan sunnah Nabi setiap hari. Setidak-tidaknya tujuh sunnah Nabi SAW

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan solat berjemaah di masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar musibah yang terjadi kerana dosa kita akan dihindarkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Zikir juga merupakan makanan rohani atau ribat (pendinding) dari sifat-sifat mazmumah

Ketujuh: . jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

JANGAN MENGELUH

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

TELADAN: KEMESRAAN RUMAHTANGGA RASULULLAH S.A.W.

Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah s.a.w. sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, "Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku."
Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.
Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, "Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama."
Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, "Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT."
Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, "Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina." Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)

Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid." (Hadis Riwayat Ahmad)

Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. " (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. " (Hadis Riwayat Ahmad)

Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, "bahawa Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Dari Hafshah, puteri Umar r.a., "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).

Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., "Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. " (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." (Hadis Riwayat Nasai)

Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.

Berkhidmat pada isteri
Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, "Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku."
Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.
Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.
Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.
Aisyah bertanya, "Siapakah perempuan tua ini?" Rasulullah menjawab, "Inilah sahabat Khadijah dulu." Lalu Aisyah berkata, "Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik."
Ketika itu marahlah Nabi sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, "Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya. " Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadis ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.
Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka. Sehingga Rasul berkata, "Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah."
Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.
Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, "Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun."
Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.
Romantiknya Nabi Muhammad s.a.w.......

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk amalan dirinya sahaja.

Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang lain.

Seorang negarawan atau pimpinan pulah dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.


Sebagai Nabi dan Rasul

• Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam al-Quran.
• Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.
• Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.
• Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.
• Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -

Sebagai Pemimpin Masyarakat

Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.

Sebagai Pemimpin Politik

Keunggulan Nabi dari segi politik dapat dikesan dalam:

Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke Tempat Asal
Baginda jga mempamerkan ciri-ciri kepimpinannya dengan berjaya menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pemimpin bani-bani dalam kabilah Quraisy yang merebutkan hak untuk meletakkan hajarul-aswad di tempatnya yang asal di penjuru dinding Kaabah.

Peristiwa tersebut berlaku setelah kota Mekah dilanda banjir dan sebahagian daripada bangunan Kaabah telah runtuh. Semasa hendak meletakkan semula batu hajarul-aswad di sudut dinding Kaabah, bani-bani di Mekah bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana batu tersebut dianggap sangat suci dan mulia dan hanya tangan yang mulia dari bani atau suku yang mulia sahaja yang layak meletakkan semula batu tersebut ke tempat asalnya.

Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain. Setelah itu setiap wakil bani memegang bahagian hujung kain tersebut dan beramai-ramai mengangkatnya. Nabi Muhammad s.a.w sendiri meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah. Cara itu menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu merasa puas hati.

Sebagai Perancang Ekonomi

• Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
• Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.

Sebagai Pemimpin Ketenteraan

• Asas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
• Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.
• Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai kegemilangan. • Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.
• Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
• Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, baginda berjaya merangka takrif peperangan yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.

TAZKIRAN MINGGUAN

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Qur'an: Al-Baqarah, 188)

SELAMAT DATANG KE BLOG BAKIT JOHOR SELATAN - Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger