MAJLIS YASSIN & TAHLIL


1 Januari 2009 - DYMM Banginda Sultan Johor telah menerima berkenan Majlis Yassin dan Tahlil yang di kelolakan oleh TM Johor dan diuruskan oleh BAKIT JS. Turut hadir pada hari tersebut Hj Hamidi Ibrahim sebagai ketua serta anggota TM yang lain.

CERAMAH AKAN DATANG ~ 25HB FEBUARI 2009


BIRO DAKWAH & PENDIDIKAN

Menjemput para muslimin & muslimat yang dirahmatiAllah SWT ke ceramah bulanan yang akan diadakan seperti berikut:
Tajuk : Pengertian Rukun Islam
Penceramah : Tuan Haji Hanapiah Abd Razak
Tarikh : 25hb Feb 2009 ~ Rabu ( 29 Safar 1430)
Masa : 01.00 tgh – 02.00 ptg
Tempat : Surau Tingkat 1, Wisma TM Pelangi
.

BIRO DAKWAH & PENDIDIKAN: JADUAL PERANCANGAN AKTIVITI 2009


BORANG KEAHLIAN BAKIT

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah di faks ke : 03-22403996, untuk perhatian En Mohd Lazim Mohd Yassin.



JUMLAH AHLI BAKIT MENGIKUT PUSAT KOS - DEC 2008


PENGENALAN, OBJEKTIF, VISI & MISI


Pengenalan

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) telah ditubuhkan pada tahun 1987 iaitu semenjak Telekom Malaysia diwastakan. Ia didaftarkan sebagai BAKIT Pusat dan juga BAKIT Gabungan yang terdiri daripada Bakit Negeri-negeri.

Objektif

Penubuhan Bakit adalah untuk membantu Syarikat dalam menjalankan aktiviti kebajikan dan keagamaan bagi menerapkan nilai-nilai murni serta memenuhi keperluan jasmani dan rohani anggota Telekom Malaysia dalam usaha meningkatkan produktiviti Syarikat.

Visi dan Misi

Visi - "Mewujudkan budaya kerja dan amalan hidup yang berlandaskan nilai-nilai murni selaras dengan kehendak Islam."

Misi - "BAKIT akan memastikan matlamatnya tercapai dan nilai utama ('core value') syarikat terlaksana melalui program kesedaran, peningkatan silaturrahim, kebajikan dan menjadikan amalan kerja sebagai ibadah."


SELAMAT DATANG KE BLOG BAKIT JOHOR SELATAN - Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger