CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. [Riwayat Ahmad]

Huraian:

Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

KELAS MEMBUDAYAKAN AL-QURAN SETIAP KHAMIS

Kelas Membudayakan Al-Quran diadakan insyaAllah seperti berikut:

Tarikh :Setiap hari Khamis
Masa :1.00 tgh - 2.00 ptg
Tempat :Surau Tingkat 1, Wisma TM Pelangi,Pengajar :Tuan Haji Iskandar


"MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR"

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” - (Hadis riwayat al-Tirmizi).

Lagi..gambar sekitar Majlis Qurban
















MAJLIS QURBAN BAKIT JOHOR SELATAN

Pada 30hb November 2009 (13 Zulhijjah 1430) yang lalu, Majlis Qurban Bakit Johor Selatan telah selamat disempurnakan bertempat di Radio Depoh Jalan Yahya Al-Datar. Sebanyak 2 ekor lembu diqurbankan pada kali ini.
















SELAMAT DATANG KE BLOG BAKIT JOHOR SELATAN - Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger