PENYERAHAN WANG ZAKAT PERNIAGAAN TM 2007






Gambar Majlis penyerahan wang zakat perniagaan TM tahun 2007 berjumlah RM145,479.60 pada 12/12/2008 bertempat di Pusat Islam Iskandar Johor. Penerima YB Datuk Zainal Abidin Othman, Pengerusi Agama Johor.



KEBAHAGIAAN DUNIA

Kebahagiaan Dunia Oleh : www.nurthauffiq.com

Suatu hari Ibnu Abbas ditanya Tabi'in mengenai kebahagiaan dunia.Ibnu Abbas menjawab bagi menjelaskan 7 kebahagiaan dunia kepada sahabatnya :

1-Hati yang selalu bersyukur
Memiliki jiwa yang qanaah, menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seseorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi.

2-Pasangan hidup yang salih
Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.

3-Anak yang salih
Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."

4-Lingkungan kondusif untuk iman kita
Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.

5-Harta yang halal
Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus," kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan." Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.

6-Semangat untuk memahami agama
Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7-Umur yang berkat
Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.

QURBAN BAKIT JS ~ 10.12.08




























10 Disember 2008 - Majlis Qurban pada tahun ini telah dilaksanakan di Bangunan TM Jalan Yahya Aldatar Johor Bahru yang telah di sertai oleh ahli-ahli BAKIT JS serta anggota TM JS. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan selepas itu penyembelihan 2 ekor lembu dilaksanakan. Pembahagian daging lembu untuk fakir miskin telah diedarkan sebahagiannya ke Rumah Seri Kenangan Johor Bahru.

QURBAN TM JB & MUAR ~ 08.12.08




















8 December 2008 - Setiap tahun Telekom Malaysia tidak melupakan golongan fakir miskin dengan menaja lembu untuk tujuan Qurban. Pada tahun ini Majlis Qurban Peringkat Nasional telah memilih dua kampung bagi menjayakan program tersebut. Lembu pertama telah dihantar ke Kawasan DUN Serom iaitu Kampung Serom 5 Hulu, Ledang, manakala lembu kedua telah dihantar ke Parlimen Pasir Gudang iaitu Kampung Senibong Johor Bahru.

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM





















24 September 2008 - BAKIT cawangan Muar pada tahun ini telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah dalam program Majlis Berbuka Puasa Dan Majlis Penyampian Sumbangan kepada anak yatim TM Johor. Majlis telah diadakan di Masjid Jamek Parit Sakai, Muar yang telah dihadiri oleh ajk bakit cawangan serta jemaah masjid berkenaan. Turut hadir iaitu Encik Md Rasidin Kadak serta AJK Bakit Negeri.

PROGRAM BERBUKA PUASA DI SERI KENANGAN ~ 23.09.08












23 September 2008 - Semasa umat Islam sedang sibuk menjalankan ibadah puasa di bulan Ramdhan, BAKIT JS tidak melupakan kepada warga emas yang telah tersisih daripada keluarganya, yang kini menghuni Rumah Seri Kenangan, Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Hasil derma daripada ahli-ahli BAKIT serta anggota TM, kami salurkan bantuan tersebut dengan mengadakan majlis berbuka puasa yang telah disertai oleh 60 penghuni bersama warga Rumah Seri Kenangan. Di hari yang sama juga pihak kami telah menyumbangkan beras. Majlis diserikan lagi dengan santapan rohani yang telah di sampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Hanipah Abd Razak, dari Pejabat Mufti Johor.

SUMBANGAN BERAS UNTUK FAKIR MISKIN




23 September 2008 - Bersempena dengan kedatangan Ramdhan Bakit JS telah membuat sumbangan beras kepada ABIM negeri johor untuk di sumbangkan kepada fakir miskin di negeri ini. Sejumlah 70 kapit beras telah didermakan oleh anggota TM Johor.






ZAKAT 2006 ~ 28.04.08




MAULIDUR RASUL ~ 28.04.08
















BACAAN YASIN DI ISTANA ~ 20.3.08
















MAJLIS MAKAN MALAM & PENGHARGAAN ANGGOTA CEMERLANG



22 Febuari 2008 - Bakit Bersama pengurusan TM Johor telah turut serta dalam menganjurkan Majlis Makan Malam bagi meraikan anggota TM serta memberi penghargaan kepada anggota cemerlang. Dalam majlis tersebut juga BAKIT telah memberikan anugerah penghargaan kepada ahli Bakit yang telah banyak memberikan sumbangan.

SELAMAT DATANG KE BLOG BAKIT JOHOR SELATAN - Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger