PELANCARAN BLOG BAKIT JOHOR SELATAN

Tuan/Puan Ahli BAKIT JS sekalian,

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Rahmat dan IzinNya, maka akhirnya Jawatankuasa BAKIT JS dapat melaksanakan permintaan ahli-ahli semasa Mesyuarat Agong Sessi 2008/2010 yang diadakan tahun lalu. Permintaannya adalah supaya BAKIT JS dapat mengadakan satu cara untuk menyebar luas segala pemberitahuan, makluman, berita dan maklumat penting yang berhubung kait dengan BAKIT JS atau ahlinya. Atas amanah yang telah diberikan, maka satu jawatankuasa telah ditubuhkan bersama Biro Penerangan & Keahlian bagi mewujudkan (i) senarai agihan BAKIT JS dalam TM MS Outlook Email dan (ii) Blog BAKIT JS. Dengan cara ini, adalah diharapkan lebih ramai ahli akan menerima maklumat melalui email TM atau dengan melayari/melungsuri Blog BAKIT JS seperti berikut :

http://bakitjs.blogspot.com/

Kami sangat mengalu-alukan tuan/puan supaya melawat Blog di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut yang pelbagai. Bagi mereka yang mahu mendaftar sebagai ahli BAKIT, borang keahlian boleh didapati dari blog di atas. Jika ada sebarang komen yang membina, sila hubungi kami melalui ruang yang disediakan dalam blog tersebut. Blog BAKIT JS ini akan dikemaskini selalu dan jika tuan/puan ada artikel Agama, berita atau maklumat untuk disiarkan, sila email kepada Pn Sharifah Ruziha. Keraplah berkunjung ke Blog ini untuk maklumat terkini!

Saya, selaku Pengerusi BAKIT Cawangan Johor Selatan, dengan rendah hati, merasmikan pelancaran Blog BAKIT JS pada hari ini Selasa, 21 Safar 1430H, bersamaan 17hb Feb 2009M.

Blog BAKIT JS...DEKAT DI SANUBARI



Hj Mohd Norain Khanafi
Pengerusi
BAKIT Cawangan Johor Selatan

0 comments:

SELAMAT DATANG KE BLOG BAKIT JOHOR SELATAN - Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger