PENGENALAN, OBJEKTIF, VISI & MISI


Pengenalan

Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) telah ditubuhkan pada tahun 1987 iaitu semenjak Telekom Malaysia diwastakan. Ia didaftarkan sebagai BAKIT Pusat dan juga BAKIT Gabungan yang terdiri daripada Bakit Negeri-negeri.

Objektif

Penubuhan Bakit adalah untuk membantu Syarikat dalam menjalankan aktiviti kebajikan dan keagamaan bagi menerapkan nilai-nilai murni serta memenuhi keperluan jasmani dan rohani anggota Telekom Malaysia dalam usaha meningkatkan produktiviti Syarikat.

Visi dan Misi

Visi - "Mewujudkan budaya kerja dan amalan hidup yang berlandaskan nilai-nilai murni selaras dengan kehendak Islam."

Misi - "BAKIT akan memastikan matlamatnya tercapai dan nilai utama ('core value') syarikat terlaksana melalui program kesedaran, peningkatan silaturrahim, kebajikan dan menjadikan amalan kerja sebagai ibadah."


0 comments:

SELAMAT DATANG KE BLOG BAKIT JOHOR SELATAN - Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger